AGAMASELANGOR

LZS sedia bantu penghidap kanser darah

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

BATANG KALI, 17 OKT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) sedia mempertimbangkan bantuan untuk disalurkan kepada seorang pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), yang menderita penyakit kanser darah (Chronic Myeloid Leukimia).

LZS menerusi satu kenyataan di Facebook memaklumkan, selepas tular berhubung penderitaan Mohamad Anas Aslam Munsyi yang juga mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Sumber Insan itu, pihaknya segera turun ke rumah pelajar terbabit, di Batang Kali, Hulu Selangor, di sini.

Katanya, pelajar itu masih mengikuti rawatan di Hospital Ampang dan bakal menjalani prosedur mengambil air tulang belakang, pada 22 Oktober ini.

“Beliau akan menjalani prosedur mengambil air tulang belakang untuk mengenal pasti tahap kanser puncanya serta ubat yang sesuai untuk rawaran.

“Bagaimanapun, untuk masa kini, tiada sebarang kos dan ubatan yang perlu ditanggung olehnya dan keluarga,” katanya.

Kenyataan sama turut menyebut, jika terdapat sebarang kos diperlukan pelajar berkenaan untuk menampung perbelanjaan proses rawatan, pihaknya sedia tampil menghulurkan bantuan bersesuaian.

“Justeru, marilah sama-sama kita doakan agar Allah kurniakan kesembuhan dan kesihatan buat pelajar ini dan kurniakannya kejayaan di dunia dan,” katanya.

Difahamkan, Kelab Al-Azhar Members #ALAMKUIS sedang giat melancarkan derma kilat kepada pelajar itu yang juga salah seorang Aktivis Alam, di kolej terbabit.

Pada masa sama, orang ramai yang mahu memberikan sumbangan ikhlas, boleh terus disalurkan ke akaun penama Mohamad Anas Aslam Munsyi di 12-207-02-008436-1 (Bank Islam).


Pengarang :