EKONOMINASIONAL

Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah

KUALA LUMPUR, 15 FEB: Bursa Malaysia yang mencatat keuntungan dalam dagangan awal, merosot dan ditutup hampir tidak berubah pada akhir dagangan pagi, menjelang hujung minggu, kata peniaga.

Pada jam 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.21 mata kepada 1,689.27 berbanding 1,689.06 pada penutupan Khamis.

Indeks dibuka 3.23 mata lebih kukuh kepada 1,692.29 dan bergerak antara 1,689.04 dan 1,693.85 di sepanjang dagangan pagi.

Pasaran secara menyeluruh, negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 381 berbanding 313, manakala 346 kaunter tidak berubah, 813 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.76 bilion saham bernilai RM922.22 juta.

Seorang peniaga berkata Bursa Malaysia sebahagian besarnya didagangkan tinggi di sepanjang sesi didorong oleh belian bergilir-gilir di kaunter berkaitan minyak dan gas (O&G).

“Jangkaan positif ke atas perkembangan rundingan perdagangan peringkat tinggi AS-China serta harga minyak mentah yang bertahan susulan unjuran pengurangan lebih banyak bekalan oleh OPEC, mendorong sentimen belian ke atas saham-saham berkaitan O&G,” katanya.

Beliau berkata pedagang bagaimanapun mengurangkan pegangan menjelang hujung minggu, selain menunggu hasil rundingan perdagangan,

Antara saham wajaran tinggi, susut 10 sen kepada RM9.45 manakala CIMB turun lapan sen kepada RM5.70.

Public Bank menokok enam sen kepada RM25, TNB untung empat sen kepada RM13.06 manakala Petronas Chemicals menokok dua sen kepada RM8.49.

Antara saham aktif, Bumi Armada dan Sapura Energy masing-masing susut setengah sen kepada 24 sen dan 30 sen manakala Seacera merosot 1.5 sen kepada 33.5 sen.

Tatt Giap dan Sumatec masing-masing kekal pada 10 sen dan satu sen.

Indeks FBM Emas menokok 9.649 mata kepada 11,755.22, Indeks FBMT 100 menambah 10.729 mata kepada 11,617.14 manakala Indeks FBM Emas Shariah meningkat 44.72 mata kepada 11,668.93.

FBM 70 menokok 51.26 mata kepada 14,038.11 dan Indeks FBM Ace meningkat 36.16 mata kepada 4,677.02.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 73.711 mata kepada 17,745.85,manakala Indeks Perladangan meningkat 47.42 mata kepada 7,335.49 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perusahaan menambah 0.11 mata kepada 162.84.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :