SELANGOR

Tangguh lancar projek pelihara etika pilihan raya

OLEH NAZLI IBRAHIM

SEMENYIH, 27 FEB: Pelancaran projek Kerajaan Negeri, di Semenyih yang terlebih dahulu dirancang sebelum berlaku kekosongan kerusi, di kawasan itu ditangguhkan demi memelihara etika pilihan raya.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, keputusan menangguhkan pelancaran projek itu selaras pendirian Pakatan Harapan (PAKATAN) menghormati proses demokrasi, berbanding ketika era Barisan Nasional.

“Sepatutnya projek ini dijadual dilancarkan dalam masa terdekat tetapi ekoran berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih ini, maka pelancarannya ditangguhkan.

“Bagaimanapun, projek ini akan saya rasmikan selepas berakhir PRK nanti,” katanya pada program Ceramah Isu Semasa dan Pelancaran Aiman For Semenyih, di Pangsapuri Bandar Rinching, di sini, malam tadi.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai bersabar menantikan pengumumannya dan enggan
mendedahkan projek itu kerana tidak mahu orang ramai menganggapnya sebagai projek pilihan raya.

Bagaimanapun, selepas beberapa kali disoal pemberita, Amirudin hanya memberi bayangan projek terbabit berkaitan kediaman untuk rakyat.


Pengarang :