SELANGOR

Elaun nazir rendah, Kerajaan Negeri sedia semak

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 19 MAC : Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan untuk menyemak semula elaun nazir masjid yang didakwa agak rendah, di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pihaknya mengakui nazir memberi sumbangan walaupun ada diantara mereka menguruskan masjid secara sambilan.

“Sebenarnya, Kerajaan Negeri sedang bergerak merangka kaedah masjid dalam bentuk pengurusan, iaitu melantik pengurusan yang dibayar dengan gaji yang seimbang bagi mengurus masjid secara profesional.

“Walaupun nazir bekerja tanpa gaji, namun Kerajaan Negeri tetap beri sumbangan melalui elaun, namun begitu kita bersedia untuk semak kembali jika masa sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar.

Rosni sebelum itu berkata, elaun nazir masjid sebanyak RM200 didakwa agak kecil berikutan kos perbelanjaan kini semakin tinggi.

“Adakah Kerajaan Negeri berhasrat meningkatkan elaun nazir, dan saya harap kerajaan sedia beri perhatian,” katanya.


Pengarang :