MP galak usahawan sertai Blueprint Selangor | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

Norway

Wartawan

Sheeda Fathil

MP galak usahawan sertai Blueprint Selangor

OLEH SHEEDA FATHIL

SEMENYIH, 14 APR: Usahawan terutama di Selangor digalakkan untuk menyertai program Blueprint Pembasmian Kemiskinan Selangor dilaksana Kerajaan Negeri bagi meningkatkan taraf ekonomi golongan terbabit.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Dato’ Hasanuddin Mohd Yunus berkata, usahawan boleh mengemukakan permohonan melalui Pejabat Parlimen atau Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri masing-masing.


“Saya percaya ramai dalam kalangan usahawan kecil di Selangor mempunyai minat untuk mengembangkan perniagaan namun mereka tidak tahu bagaimana mekanisme dan saluran yang betul.

“Oleh itu, saya amat menggalakkan usahawan tidak kira Melayu, Cina dan India untuk memohon inisiatif yang dilaksanakan Kerajaan Negeri ini demi membantu rakyatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui SelangorKini selepas merasmikan Hari Kesedaran Kesihatan Taman Tasik Semenyih (TTS) di Dewan Serbaguna TTS di sini, hari ini.

Pada masa sama, katanya, beliau memuji inisiatif penduduk kawasan terbabit yang komited dalam melaksanakan program kesihatan itu.

“Saya optimis program ini sewajarnya dilakukan secara berkala sekali gus ia mampu meningkatkan kesedaran penduduk bahawa pentingnya penjagaan kesihatan,” katanya.

Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan Selangor itu bertujuan menyalurkan bantuan berupa peralatan atau mesin diperlukan berdasarkan perusahaan dan perniagaan yang sedang dijalankan.

Difahamkan, program itu membabitkan golongan miskin dan berpendapatan rendah yang mempunyai kemahiran untuk meneruskan perusahaan dalam bidang seperti jahitan, perniagaan runcit, perniagaan makanan, pengasuh kanak-kanak, perusahaan kecil dan kraftangan.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next