SELANGOR

MPS buru tunggakan cukai taksiran

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 24 APRIL: Sebanyak 51,410 notis cukai atau Borang E dikeluarkan kepada pemilik yang masih mempunyai tunggakan cukai taksiran kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS), sehingga 31 Mac 2019.

Pemangku Yang Dipertuanya, Dato’ Dr Juhari Ahmad berkata, notis itu mula dikeluarkan pada 1 Mac lalu dan 4,244 waran tahanan bernilai RM 100 sudah dilaksanakan kepada pemilik yang masih mempunyai tunggakan bermula 1 April 2019.

“Kepada pemilik yang ingin menjelaskan tunggakan cukai taksiran, mereka layak diberi pertimbangan pengurangan waran tahanan bagi bayaran secara penuh atau ansuran.

“Maklumat berkenaan kelayakan pengurangan boleh diperolehi di kaunter bayaran cukai taksiran MPS,” katanya dalam Mesyuarat MPS Bil. 4/2019 yang berlangsung di Bilik Siantan, hari ini

Pada masa sama, Dr Juhari berkata, sebanyak RM3.46 juta atau 49.47 peratus kutipan tunggakan cukai taksiran berjaya dikutip daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM7 juta.

Sehingga 31 Mac 2018, MPS berjaya mengutip cukai taksiran semasa 2019 sebanyak RM44.09 juta (86.45%) daripada RM51 juta.


Pengarang :