PUTRAJAYA, 15 April — Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin semasa ditemu bual Bernama berkenaan Kertas Putih ‘Ke Arah Kelestarian Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA)’ di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra baru-baru ini. Kertas putih berkenaan dibentangkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Parlimen, Rabu lepas, bagi menyuntik tenaga baharu dan mengoptimumkan potensi melalui pelan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk mengembalikan kegemilangan Felda. –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
BERITA UTAMAEKONOMINASIONAL

Sesi pertemuan dengar pandangan peneroka FELDA

PUTRAJAYA, 15 APRIL – Pengurusan FELDA akan mengadakan sesi ‘pertemuan’ dengan peneroka dalam masa terdekat, bagi mendengar pandangan mereka berhubung hala tuju baharu agensi itu susulan pembentangan kertas putih FELDA.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, sesi itu juga akan turut mengumpul maklum balas golongan peneroka berhubung kertas putih FELDA itu.

“Proses engagement bersama penerok adalah satu proses utama dalam usaha membentuk semula FELDA,” katanya ketika ditemui BERNAMA di pejabatnya, di sini, baru-baru ini.

-fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Al,i ketika membentangkan kertas putih ‘Ke Arah Kelestarian Felda’ di Dewan Rakyat minggu lalu (10 April) mengumumkan peruntukan RM6.23 bilion kepada FELDA secara berperingkat dalam bentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan mengikut keperluan untuk kelestarian masa depan agensi rancangan pembangunan tanah itu.

Mohd Radzi berkata, pengurusan FELDA akan turut berkongsi idea dengan peneroka berhubung cadangan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi supaya peneroka menyewakan ladang mereka kepada FELDA untuk digabung dan diusahakan dalam skala besar.

Katanya, jika ladang seluas 10 ekar (4.047 hektar) milik seorang peneroka digabungkan dengan ladang milik peneroka lain diusahakan secara besar-besaran, ia akan mewujudkan sinergi.

“80 peratus peneroka FELDA kini berumur 60 tahun ke atas. Daripada membiarkan ladang mereka tidak diusahakan pada tahap optimum, lebih baik ia diserahkan kepada FELDA untuk diusahakan sebagai satu ladang yang besar,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, cadangan membangunkan ladang peneroka secara skala besar bergantung kepada persetujuan peneroka. – BERNAMA


Pengarang :