Hanya divisyen satu dalam LHRM 2019 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Hanya divisyen satu dalam LHRM 2019

KUALA LUMPUR, 25 MEI: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memperkenalkan format baharu Liga Hoki Remaja Malaysia (LHRM) 2019 apabila hanya Divisyen Satu bakal dipertandingkan melibatkan 14 pasukan lelaki dan sembilan pasukan wanita bagi merebut gelaran juara musim ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM, George Koshy berkata, sembilan pasukan remaja lelaki itu adalah pasukan Divisyen Satu musim lepas manakala lima lagi slot akan diisi menerusi saingan kalah mati melibatkan 10 pasukan Disvisyen Dua musim lalu.

Susulan ketiadaan saingan bagi Divisyen Dua musim ini, sebanyak 10 pasukan tidak layak beraksi dalam Divisyen Satu akan bersaing dalam peringkat kalah mati yang akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini, pada 14 dan 16 Jun ini.


“Setiap pasukan yang akan beraksi dalam perlawanan kalah mati akan menentang dua pasukan berlainan. Pemilihan lima pasukan yang akan turut bersaing dalam LHRM 2019 ini adalah berdasarkan kepada kedudukan mata terkumpul mereka.

“Pasukan menang akan menerima tiga mata, jika seri dihadiahkan satu mata namun akan ada perlawanan ‘shoot-out’ (pukulan penentuan). Pasukan yang menang shoot-out akan mendapat satu mata tambahan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

LHRM 2019 bagi kategori lelaki akan membuka tirai pada 21 Jun, manakala kategori wanita dijadual 28 Jun. Aksi final kedua-dua kategori berkenaan berlangsung pada 3 Ogos.

Mengulas lanjut, Koshy berkata, KHM juga bercadang memperkenal saingan sulung Liga Hoki Remaja Bawah 19 tahun pada Disember ini, yang akan menampilkan juara serta naib juara saingan Liga Hoki Remaja peringkat negeri.

“Kami melakukan perubahan ini kerana jika dilihat penyertaan pasukan negeri dalam Liga Hoki Remaja tidak memberangsangkan dan kami mahu Liga Hoki Remaja peringkat negeri menjadi satu liga penting.

“Kami juga berharap pasukan bertanding pada LHRM 2109 akan turut sama menyertai liga di peringkat negeri bagi meningkatkan lagi kualiti saingan liga tersebut,” katanya.

Koshy, bagaimanpun, berkata tarikh serta venue bagi liga bawah 19 tahun itu yang akan dijalankan dalam bentuk karnival masih belum diputuskan.

SENARAI PASUKAN LHRM 2019:

LELAKI:

Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) Resilient; MBPJ Tigers; SMKDBL-UniKL-MSNJ; Sekolah Sukan Bukit Jalil (BJSS) Thunderbolt; Anderson Thunderbolts; Majlis Sekolah-sekolah Pulau Pinang (MSSPP)-Persatuan Hoki Pulau Pinang (PSHA); AHP-MSP Thunderbolts; Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Thunderbolts dan SSTMI Juniors.

WANITA:

Johor Girl, SSMS Girls, SSTMI-PKS UNITEN, MSNT-PHT-MSST (wanita), SSP-MSP PKS UNITEN; MBPJ Black Widow; KL Wipers-KLSS; MSSPP-PSHA (wanita) dan Zaba Girls.

10 PASUKAN LELAKI (KALAH-MATI):

Sabah Jr (PHS/SHA-SSMS); MSNT-PHT-MSST; KLSS,KL-Wipers; SMK Tunku Besar Tampin (TBSS); PHNS/MSSNS/MSN; GR Hilander Boys; TMHC-PHK; BJSS Jr 2022 dan MSN/SSN Young Lion Perlis

— BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next