SUKANKINI

Malaysia berdepan Jepun di suku akhir Piala Sudirman 2019

KUALA LUMPUR, 23 MEI: Malaysia akan berdepan pilihan kedua, Jepun pada perlawanan suku akhir kejohanan badminton Piala Sudirman 2019 di Nanning, China.

Undian perlawanan berlangsung sejurus tamat semua perlawanan peringkat kumpulan malam tadi.

Skuad negara sah mara ke peringkat suku akhir selepas China menewaskan India 5-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan D semalam.

Kemenangan kedua tuan rumah itu sekaligus membolehkan juara 10 kali itu mara ke kelompok lapan terbaik selaku juara kumpulan.

Semalam skuad negara yang tewas 5-0 pada perlawanan pertama di tangan China, bangkit menewaskan India 3-2.

Jepun muncul juara kumpulan A selepas melakar dua kemenangan mengalahkan Thailand 4-1 pada perlawanan terkakhir peringkat kumpulan. Pada perlawanan pertama, Jepun menewaskan Rusia 3-2 pada Isnin lepas.

Sementara itu, perlawanan suku akhir lain menyaksikan tuan rumah akan berdepan Denmark, manakala juara bertahan Korea Selatan pula akan berdepan Thailand diikuti Indonesia yang akan menentang Taiwan. – BERNAMA


Pengarang :