NASIONAL

Aliran trafik perlahan petang ini

KUALA LUMPUR, 10 Jun : Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama, perlahan setakat 4.30 petang ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata trafik di utara dilapor perlahan dari Changkat Jering ke Bukit Berapit, dan Kuala Kangsar ke arah Jelapang.

“Keadaan trafik juga dilapor perlahan dari Ipoh Utara ke hentian Simpang Pulai arah Selatan, dan Gopeng menuju ke Sungkai, Perak,” katanya.

Selain itu, aliran trafik juga perlahan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari Subang menuju ke Shah Alam dan Kota Damansara ke Damansara berikutan aliran trafik yang tinggi.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menuju ke Pusat Bandar sebelum Plaza Tol Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. -BERNAMA


Pengarang :