PBTSELANGOR

MPSJ perketat aktiviti premis makanan

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 8 JUL: Bermula September depan, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bakal memperketatkan aktiviti penguatkuasaan ke atas premis makanan di kawasan pentadbirannya.

MPSJ dalam kenyataannya memaklumkan, penguatkuasaan itu bertujuan bagi memastikan semua pengusaha makanan mematuhi segala syarat kesihatan kebersihan ditetapkan pihak berkuasa tempatan itu.

“Premis makanan yang memperoleh gred C dan melakukan empat kesalahan akan digantung lesen minima tujuh hari malah sekiranya melebihi lima kesalahan, lesen perniagaan mereka akan ditarik balik.

“Manakala, premis dengan gred D, lesen perniagaan mereka juga dikenakan tindakan sama (ditarik balik),” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, MPSJ berkata, bagi premis yang lesen ditarik balik perlu membuat permohonan semula di Jabatan Perlesenan dan mematuhi semua syarat ditetapkan.

Antara kriteria kesalahan diambil kira adalah tiada perangkap sisi gris atau tidak digunakan, aktiviti membasuh atau menyediakan makanan di atas jalan atau longkang, melebihi bilangan gerai ditetapkan di dalam premis.

Selain itu, MPSJ turut mengambil tindakan ke atas tiada pekerja tempatan di premis atau penggunaan warga asing tanpa permit sah, pembinaan struktur haram, perangkap sisa gris tidak melalui sistem kumbahan dan tiada tong sampah atau tidak mencukupi.

 


Pengarang :