AGENDAGLOBAL

AS diberi hak guna kemudahan ketenteraan di Singapura 15 tahun lagi

SINGAPURA, 24 SEPT: Amerika Syarikat (AS) mendapat hak melanjutkan penggunaan kemudahan ketenteraan di Singapura selama 15 tahun lagi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Pertahanan (Mindef) republik itu berkata, ini berikutan penandatanganan Protokol Pindaan kepada Memorandum Persefahaman 1990 (1990 MoU) Mengenai Penggunaan Kemudahan Pertahanan oleh AS di Singapura 2019 (2019 MoU).

MoU 2019 memperbaharui MoU 1990 dengan memanjangkan selama 15 tahun lagi, katanya.

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dan Presiden AS, Donald Trump menandatangani MoU untuk negara masing-masing.

Hsien Loong berada di New York dari 21 hingga 28 September ini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mindef berkata, MoU 1990, yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan Naib Presiden AS, Dan Quayle telah membantah kehadiran pasukan keselamatan AS di rantau ini selama hampir 30 tahun.

Perjanjian itu memudahkan akses pasukan AS ke pangkalan udara dan tentera laut Singapura, dan menyediakan sokongan logistik untuk transit kakitangan, kapal terbang dan kapal perang mereka, kata kenyataan itu.

Di bawah skop itu, Mindef berkata, AS telah menggerakkan pesawat pejuang negaranya secara bergilir-gilir untuk latihan, mengisi minyak dan penyelenggaraan manakala Kapal Tempur Littoral dan pesawat P-8 Poseidon ke Singapura masing-masing sejak 2013 dan 2015.

“Pembaharuan dokumen ini menekankan sokongan untuk kehadiran AS di rantau kita yang masih penting untuk keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau,” kata Mindef.

– BERNAMA


Pengarang :