Tengku Permaisuri Norashikin (dua,kiri) bersama Masdiana Muhammad (kiri) merasmikan Majlis Ramah Mesra Tengku Permaisuri Selangor Bersama PUSPANITA Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 18 Oktober 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Tengku Permaisuri Norashikin serikan Majlis Ramah Mesra PUSPANITA

SHAH ALAM, 18 OKT: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra bersama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA), hari ini.

Ketibaan baginda disambut Penaung PUSPANITA, Masdiana Muhamad dan Pengerusi PUSPANITA Selangor, Datin Habbulmatain Maliki di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, di sini.

Tengku Permaisuri Norashikin (dua,kiri) bersama Masdiana Muhammad (kiri) menyampaikan sumbangan kepada ahli PUSPANITA yang mengalami masalah kesihatan ketika Majlis Ramah Mesra Tengku Permaisuri Selangor Bersama PUSPANITA Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 18 Oktober 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Baginda berkenan melafazkan ucapan perasmian, sekali gus menyempurnakan gimik majlis dan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada dua ahli badan bukan kerajaan terbabit yang mengalami masalah kesihatan.

Pada masa sama, Tengku Permaisuri turut berkenan berangkat ke gerai pameran PUSPANITA yang mempamerkan pelbagai barangan buatan antaranya tulisan khat, anyaman, kerepek, kraftangan dan produk tradisional.

PUSPANITA Selangor adalah badan bukan kerajaan bernaung di bawah PUSPANITA Kebangsaan yang mula ditubuhkan pada 1 Mac 1983.

Sehingga kini, PUSPANITA Selangor mempunyai kira-kira 7,583 ahli dianggotai penjawat awam wanita dan isteri kepada kakitangan Kerajaan Selangor.


Pengarang :