Dr Halim Mohammad bergambar bersama peserta syarahan perdana bertajuk ‘Selangor As Maritime Getaway To The World’ di UNISEL, Shah Alam pada 18 Disember 2019.
AGENSISELANGOR

Dr Halim kongsi ilmu maritim kepada pelajar UNISEL

SHAH ALAM, 24 DIS: Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Perniagaan dan Perakaunan menganjurkan syarahan perdana bertajuk ‘Selangor As Maritime Getaway To The World’ yang disampaikan oleh Tan Sri Dr Halim Mohammad pada 18 Disember lalu.

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Hasril Abu Hassan berkata, syarahan berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan maritim di negara ini.

“Syarahan ini disampaikan oleh Dr Halim Mohammad, seorang tokoh maritim negara.

“Dr. Halim juga penerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan ketika Istiadat Konvokesyen UNISEL kali ke-14 baru-baru ini,” katanya.

Hasril berkata, menerusi syarahan itu, Dr Halim memberikan pelbagai saranan serta berkongsi pengalaman dari awal keterlibatannya dalam bidang maritim sehingga kini.

“Dalam syarahan itu, Dr Halim juga banyak berkongsi ilmu dari aspek maritim, logistik, pendidikan dan peluang kerjaya yang harus dikecapi semua orang.

“Beliau juga menyeru semua pelajar bangkit menjadikan Selangor sebagai hab maritim yang terulung di dunia,” katanya.

Turut hadir Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.

Usaha pemuliharaan Sungai Klang menerusi projek ‘Selangor Maritime Gateway’ (SMG) dijangka menyemarakkan lagi ekonomi negeri pada jangka masa panjang.

Kerajaan Negeri juga telah mengenal pasti beberapa lokasi di sepanjang sungai itu untuk dijadikan transit dalam usaha pemuliharaan dan pembangunan.


Pengarang :