PBTSELANGOR

Bayar caj parkir MPSJ, MDKL guna e-dompet

SHAH ALAM, 11 JAN: Orang ramai kini boleh menggunakan khidmat e-dompet Touch `nGo jika ingin membuat bayaran caj tempat letak kenderaan di Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Daerah Kuala Langat.

Aplikasi yang boleh dimuat naik menerusi telefon memudahkan orang ramai meletak kenderaan di kawasan terbabit.

Pada 5 Disember lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan menawarkan bantuan secara `one off’ RM30 menerusi e-dompet sebagai rangsangan digital kepada 15 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM100,000 untuk dibelanjakan pada Januari dan Februari ini.


Pengarang :