Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim berucap pada majlis Graduasi Sekolah Ladang Petani (FFS) di Dewan Dato Penggawa Permatang, Kuala Selangor pada 11 Februari 2020. Foto FILZAH YAMAL/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Cuaca kering beri kesan hasil padi

KUALA SELANGOR, 11 FEB: Cuaca kering sepanjang Mac hingga Ogos ini dijangka memberi kesan kepada hasil padi, kata EXCO pertanian.

Ir Izham Hashim berkata kekurangan bekalan air di kawasan barat laut Selangor yang meliputi Kuala Selangor dan Sabak Bernam dalam tempoh itu akan cuba dikurangkan.

“Kita masih berbincang dengan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) dan Jabatan Pengairan Saliran (JPS) untuk mengurangkan impak cuaca kering,” katanya selepas majlis Graduasi Sekolah Ladang Petani (FFS) di Dewan Dato Penggawa Permatang di sini hari ini.

Beliau berkata bekalan air di beberapa kolam takungan sedia ada juga tidak mencukupi dan pihaknya dalam perancangan menambahnya di Sungai Panjang.

Bagaimanapun, Ir Izham berkata, bekalan air di empangan utama seluruh negeri masih berada pada kapasiti melebihi 90 peratus.


Pengarang :