PBTSELANGOR

MBSA saji 1,200kg buah-buahan tempatan percuma Ahad ini

SHAH ALAM, 6 FEB: Orang ramai dijemput menikmati buah-buahan tempatan percuma sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan di sini pada 9 Februari ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berkata pihaknya menyediakan 1,200 kilogram buah-buahan seperti rambutan Sarawak, mangga susu, jambu batu, nanas dan kelapa pandan.

“MBSA turut menyediakan perkhidmatan Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels, perpustakaan bergerak dan jualan pokok serta baja kompos,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata program turut diserikan dengan tarian naga, senamrobik, pemeriksaan kesihatan, mendaki dinding, Piknik Dhuha dan Sembang Santai bertemakan Kita Perintis Hijau.

Sempena program itu beberapa jalan di pusat bandar akan ditutup antara 6.30 hingga 9.30 pagi membabitkan Persiaran Bandar Raya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai.


Pengarang :