Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kajang menyalurkan bantuan kepada Jamariah Yusof, 40, isteri kepada arwah Lok-U di kediamannya di Seri Kembangan pada 24 Januari 2020. Foto Ihsan PERKESO KAJANG
AGENSISELANGOR

Perkeso hulur bantuan kepada waris Lok-U

SHAH ALAM, 6 FEB: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kajang prihatin nasib menimpa pengarah muzik tanah air, Faizal Uzir atau Lok-U yang meninggal dunia secara mengejut pada 22 Januari lalu.

Perkeso dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah menyalurkan bantuan pencen bulanan kepada waris arwah di bawah Faedah Pencen Penakat dan sumbangan RM2,000 bagi Faedah Pengurusan Mayat.

Bantuan itu diserahkan Pengarah Perkeso Selangor, Mustafa Draman kepada balu arwah Jamariah Yusof, 40, dengan disaksikan empat anak pasangan berkenaan berusia 13 hingga 20 tahun di kediamannya di Seri Kembangan, 24 Januari lalu.

Turut hadir Pengurus Pejabat Perkeso Kajang, Thavamani Ramalingam; Ketua Cawangan Faedah, Ismail Abi Hashim dan Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zuraini Kassim.

Lok-U dari Kuala Lumpur antara pemuzik disegani meninggal dunia pada usia 46 tahun selepas mengadu sesak nafas sebaik pulang daripada bersenam.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pemuzik di syarikat minyak dan gas Petronas serta menimba pengalaman dengan mengiringi persembahan beberapa penyanyi terkenal termasuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Aishah.


Pengarang :