PBTSELANGOR

MPK sita dua premis jual minuman keras tanpa permit

KLANG, 19 APRIL: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyita dua premis menjual minuman keras atas pelbagai kesalahan di sekitar Taman Sentosa dan Jalan Sungai Jati pada 15 April lalu.

Yang Dipertuanya Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata salah sebuah premis menyalahguna lesen diberi MPK manakala satu lagi dijadikan stor simpanan arak dan beroperasi tanpa permit.

“Penguat kuasa MPK menyita semua arak beralkohol tinggi yang terdapat dalam premis ini mengikut kesalahan Undang-Undang Kecil (UUK) Establishmen Makanan MPK 2007.

“Barang sitaan diserahkan kepada Unit Stor Jabatan Penguatkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata Rondaan Pemantauan Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Penguatkuasaan Pelesenan dibuat selepas menerima aduan orang ramai.

“Ini bagi memastikan setiap premis perniagaan yang beroperasi mempunyi lesen sah daripada MPK dan mengamalkan saranan kerajaan untuk mengehadkan bilangan pelanggan serta membuat penjarakan sosial,” katanya lagi.


Pengarang :