Pegawai penguat kuasa memeriksa premis makanan di sekitar Banting menerusi operasi premis bersih Ramadan semalam. – Foto Majlis Perbandaran Kuala Langat
PBTSELANGOR

Abai kebersihan, empat premis terima notis MPKL

SHAH ALAM, 15 MEI: Empat restoran di sekitar Banting menerima notis atas pelbagai kesalahan daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) kerana beroperasi dalam keadaan kotor, semalam.

MPKL memaklumkan semua premis itu dikenakan tindakan susulan operasi premis bersih Ramadan dijalankan pihak berkuasa tempatan tersebut bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat.

Dalam operasi itu, kedua-dua pihak berkuasa terbabit memeriksa sembilan restoran dan kedai makan di sekitar pekan Banting.

Difahamkan operasi membabitkan seramai 13 pegawai dan anggota itu dijalankan hasil pemantauan pihak MPKL serta maklumat daripada orang awam.

Notis kesalahan dikeluarkan mengikut Seksyen 19 (1) (d) Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (MDKL) 2007, Seksyen 8 (5) dan Seksyen 9(f) Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MDKL) 2007.

“Semua pengusaha restoran dan kedai makan perlu memastikan premis sentiasa dalam keadaan bersih,” kata MPKL di Facebooknya.


Pengarang :