Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 4 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 70 kes baharu, 88 pesakit pulih, satu kematian

SHAH ALAM, 11 MEI: Terdapat 70 kes baharu Covid-19 dikesan hari ini dengan 31 kes membabitkan warga asing, kata ketua pengarahnya.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 88 pesakit pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 5,113.

“Daripada 70 kes baharu, 13 kes import dan 57 kes penularan tempatan, menjadikan jumlah kes positif di negara ini adalah sebanyak 6,726 kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,504 kes manakala 20 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tujuh memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan wabak itu menjadikan jumlah meninggal dunia sebanyak 109 kes.

“Kes kematian ke-109 iaitu kes ke-6657 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit barah hati.

“Mangsa dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 8 Mei 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 Mei 2020 jam 5.15 pagi,” katanya.


Pengarang :