Tangkap layar video viral di media sosial insiden Kerangka besi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) berhampiran Kompleks Pasar Meru, Klang tumbang pagi tadi
SELANGOR

Rangka besi LRT3 tumbang, tiada mangsa cedera

SHAH ALAM, 17 JUN: Sebahagian kerangka besi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) berhampiran Kompleks Pasar Meru, Klang tumbang pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata susulan itu laluan kedua-dua arah di lokasi berkenaan ditutup dan dilencongkan, lapor Berita Harian.

“Polis bergegas ke lokasi kejadian bagi mengawal trafik. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 pagi tadi ketika kerja pembinaan dijalankan namun tiada kemalangan jiwa berlaku.


Pengarang :