EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim dalam temubual eksklusif bersama SelangorKini di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 4 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Selangor lancar Mentor Agro bimbing petani moden

SHAH ALAM, 6 JUN: Kerayaan Negeri akan melancarkan Mentor Agro Selangor dalam tempoh terdekat, kata EXCO pemodenan pertanian dan asas tani.

Ir Izham Hashim berkata seramai 10 petani dan penternak moden dilantik sebagai mentor dengan masing-masing menerima peruntukan RM10,000 yang berperanan sebagai tempat rujukan serta bimbingan kepada golongan tersebut.

“Amat penting untuk mereka berkongsi ilmu dan membantu Kerajaan Negeri daripada segi kepakaran serta latihan untuk melahirkan lebih ramai petani moden termasuk mengubah mentaliti daripada konsep pertanian tradisional kepada pertanian moden,” katanya.

Mengulas lanjut, Izham berkata Kerajaan Negeri turut melancarkan TV Agro Selangor sebagai platform untuk menyalurkan semua aktiviti dan maklumat terkini agensi berkaitan.

 


Pengarang :