Peserta pertandingan mini wau kapal melepaskan wau untuk dinilai juri di Padang Awam, Sungai Buloh pada 11 Julai 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Penduduk mohon kawasan lapang terbangkan wau kapal

JERAM, 12 JULAI: Kelayangan Cagat/Tegak Kampung Bukit Kuching Tengah berharap Kerajaan Negeri menyediakan kawasan lapang untuk permainan wau kapal.

Naib Presidennya Mohd Nazri Abdul Samad berkata penduduk terpaksa berlatih dan bermain di padang Sekolah Menengah Kampung Bukit Kuching atau kebun yang baru dibersihkan.

“Permainan ini memerlukan lokasi yang besar. Contohnya jika ada pertandingan, sebulan sebelum itu kami siapkan jentera (layang-layang) dan perlu berlatih.

“Kami tiada masalah menempah padang sekolah, cuma kalau ada lokasi khusus lebih baik,” katanya kepada SelangorKini yang turut memaklumkan wau kapal berjaya menarik minat belia walaupun pernah ‘sunyi’ selama 15 tahun.

Permainan tradisional itu kini dipelopori generasi ketiga sejak diperkenalkan di Selangor pada tahun 70-an dengan identiti bentuk kapal di bahagian bawah.

Lokasi terdekat untuk pertandingan dibuat di Kampung Bukit Kuching Hilir dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.


Pengarang :