Lebuh Raya Shah Alam – KESAS
SELANGOR

Lencongan trafik di Lebuhraya Shah Alam bermula 24 Ogos

KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Lencongan trafik sementara akan dilakukan di sepanjang Lebuhraya Shah Alam (LSA) bermula 24 Ogos 2020 hingga 23 Januari 2021 bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan.

Kesas Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja-kerja baik pulih itu akan menyebabkan penutupan lorong dilakukan secara berperingkat dari 10 malam hingga 6 pagi di sepanjang LSA bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan kepada pengguna lebuh raya.

“Kesas memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi. Pengguna dinasihatkan agar memandu berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda di kawasan kerja,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-5633 7188 atau menerusi media sosial Facebook/lebuhrayashahalam atau Twitter@kesastrafik.

– BERNAMA


Pengarang :