Pengunjung menikmati pemandangan persekitaran Gamuda Cove ketika menaiki Aerobar yang mencecah ketinggian 35 meter pada 8 Julai 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Promosi tarikan baharu, yakin capai sasaran enam juta pengunjung

SHAH ALAM, 24 OGOS: Tourism Selangor giat mempromosi beberapa tarikan terbaharu bagi mencapai sasaran enam juta pengunjung tahun ini.

Lokasi meliputi Discovery Park di Dengkil, Paya Indah Discovery Wetlands Banting, Safari Mural Art Klang, Tamarind Square Cyberjaya dan Ladang Teh Martyle Sekinchan.

“Tarikan lain termasuk Pulau Ketam dan Sungai Lima, Ladang Buluh Bang Huris, Selangor Fruit Valley, Tanjung Sepat, Kajang Heritage Centre, Sky Mirror dan Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang,” kata
Pengurus Besarnya Azrul Shah Mohamad ketika dihubungi.

“Justeru, sasaran enam juta pelancong relevan ditambah dengan kempen Pusing Selangor Dulu, Program Jelajah Pesona Selangor, FAM Trip bersama media dan iklan di semua medium.”

Beliau turut memaklumkan pelancong dari Kuala Lumpur paling ramai berkunjung ke negeri ini diikuti Johor, Perak, Negeri Sembilan serta Kelantan.

Sasaran baharu enam juta pengunjung dibuat susulan penularan Covid-19 di seluruh dunia yang menjejaskan sektor pelancongan.


Pengarang :