AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

MB: Pastikan maklumat sahih bantuan agensi kerajaan, elak ditipu

SHAH ALAM, 12 SEPT: Dato’ Menteri Besar mengingatkan orang awam menyemak kesahihan maklumat ditawarkan agensi kerajaan supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

“Saya mohon agar sentiasa berhati-hati dan semak kesahihan maklumat yang menggunakan nama agensi kerajaan dengan sumber yang sebenar terutamanya yang membabitkan wang serta maklumat peribadi,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

Pesanan itu susulan mesej tular di media sosial berhubung kemudahan pinjaman wang ditawarkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada orang awam termasuk penerima zakat.

Sementara itu, LZS memaklumkan pihaknya tidak pernah menyediakan sebarang bantuan pinjaman dan menyeru masyarakat supaya lebih berhati-hati.

Agensi itu meminta individu memerlukan bantuan zakat supaya terus berurusan dengan penolong amil kariah atau hadir ke cawangan LZS berhampiran.

 

 


Pengarang :