Orang ramai membeli barang keperluan di Pasar Kajang pada 19 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Klang rekod kes baharu tertinggi

SHAH ALAM, 4 OKT: Klang menjadi daerah tertinggi merekodkan kes baharu Covid-19 hari ini dengan 14 kes, menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor.

Berdasarkan data itu lagi Hulu Langat merekodkan sembilan kes, Petaling (empat), Sepang (tiga) dan Gombak (satu) menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor ialah 31.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) pula berkata situasi terkini penularan wabak memerlukan sikap tanggungjawab seluruh masyarakat.

“Pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) adalah kritikal dan menjadi kunci penting untuk menyekat jangkitan Covid-19 tersebar meluas.

“Tolong amalkan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka serta pembersihan tangan secara kerap,” katanya menerusi Facebook.

Selangor merekodkan 31 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,378 kes.

Kes saringan melibatkan individu mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah dan kluster Meru masing-masing merekodkan 13 kes, kluster Embun (tiga) dan saringan kontak rapat (dua).

Malaysia merekodkan 293 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 292 kes melibatkan penularan tempatan (269 rakyat tempatan dan 23 bukan warganegara) manakala satu kes import.

 


Pengarang :