AGENDANASIONAL

Ibu tunggal, wanita B40 terima RM200 sebulan

SHAH ALAM, 30 OKT: Ibu tunggal serta wanita dalam golongan berpendapatan rendah (B40) akan menerima bantuan RM200 sebulan bagi membeli barangan keperluan asas.

Sumbangan akan disalurkan melalui Program Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss) yang diteruskan pada tahun depan dengan nilai peruntukan RM62 juta.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dana berkenaan merangkumi bantuan khusus kepada 5,000 peserta Kiss Ibu Tunggal.

“Kajian dijalankan Institut Wanita Berdaya (IWB) menunjukkan 42 peratus ibu tunggal kehilangan pendapatan isi rumah akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021, di sini.

Peruntukan RM62 juta turut membabitkan:

– RM300,000 bagi sukarelawan Jiran Baik Negeri Selangor
– Elaun kepada 62 ketua komuniti kaum India dan dana melaksana program
– RM500,000 untuk naik taraf dan kemudahan insfrastruktur perkampungan Orang Asli
– RM500,000 bagi mewarta tanah perkampungan Orang Asli


Pengarang :