AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS bantu baiki rumah Orang Asli Kuala Langat

SHAH ALAM, 30 OKT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan membaik pulih beberapa rumah penduduk Orang Asli di Kuala Langat berikutan terdapat sebahagiannya semakin uzur.

Dalam kenyataan agensi itu memaklumkan rumah dikenal pasti juga mempunyai sistem pendawaian elektrik sudah agak lama.

“Baru-baru ini, warga kerja Zakat Selangor Cawangan Kuala Langat turun melawat 17 kampung Orang Asli di daerah tersebut melibatkan 34 rumah.

“Kebanyakan rumah mereka dibina sejak 2009. Semoga bantuan disalurkan dapat memberikan keselesaan kepada mereka sekeluarga. Terima kasih pembayar LZS kerana wang zakat anda dapat membantu pihak memerlukan,” katanya.

Pada 24 Ogos lalu, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan kira-kira RM100,000 bagi membaik pulih 10 rumah uzur di Kampung Orang Asli Ulu Kuang.


Pengarang :