ADN Rawang Chua Wei Kiat (kiri) bersama Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen (kanan) meninjau kerja pengukuhan cerun dan pembinaan saliran di gerai Majlis Perbandaran Selayang Batu Arang, Rawang pada 15 Oktober 2020. Foto Chua Wei Kiat
ADNBERITA UTAMASELANGOR

RM300,000 bina pengukuh cerun, saliran gerai MPS Batu Arang

SHAH ALAM, 20 OKT: Kerajaan Negeri memperuntuk RM300,000 bagi projek pengukuhan cerun dan pembinaan saliran di gerai Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Batu Arang, Rawang.

Ahli Dewan Negerinya, Chua Wei Kiat berkata projek itu bertujuan menangani isu keselamatan peniaga dan penduduk di kawasan berkenaan.

“Projek ini bermula pada 8 Julai dan sepatutnya siap 15 Oktober lalu namun dilanjutkan sehingga dua minggu lagi berikutan masalah penghantaran peralatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Skop kerja merangkumi pembinaan saliran cerun setinggi 110 meter dan pembaikan kawasan belakang gerai MPS,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata pembinaan tandas di belakang gerai berkenaan dipercayai menjadi punca masalah sistem pengairan, selain insiden cerun runtuh kira-kira enam tahun lalu.

“Ketika itu saya yang masih menjadi ahli majlis MPS bersama ahli parlimen Selayang (William Leong Jee Keen) membuat aduan tetapi ada beberapa cabaran seperti kos agak tinggi dan kerja sukar dilaksanakan.

“Bagaimanapun saya bersyukur dan gembira kerana masalah lama dapat diselesaikan sekali gus memberi jaminan keselamatan kepada bukan penduduk malah peniaga dapat berniaga tanpa kerisauan,” katanya.


Pengarang :