Kakitangan perubatan yang mengenakan sut perlindungan diri melakukan saringan Covid-19 secara pandu lalu di Prague, Czech Republic pada 7 Oktober 2020. Foto REUTERS
SELANGOR

Dua kluster baharu dikesan, tiga diisytihar tamat

SHAH ALAM, 18 NOV: Selangor merekodkan dua kluster baharu Covid-19 hari ini iaitu kluster Putra-18 dan Murni, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kedua-dua kluster berkenaan melibatkan daerah Petaling dan Sepang selain Putrajaya, Cheras dan Kepong.

“Sehingga hari ini, seramai 52 individu disaring bagi kluster Putra-18 dengan tujuh dikesan positif dan 45 lagi masih menunggu keputusan.

“Bagi kluster Murni, 17 individu disaring dengan tujuh dikesan positif, lapan negatif dan dua masih menunggu keputusan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan tiga kluster di negeri ini diisytiharkan tamat hari ini iaitu kluster Kencana, Bah Sintok dan Seri Anggerik.

Jelasnya, kluster Kencana merekodkan 26 kes positif daripada 685 yang disaring, sementara kluster Bah Sintok pula 50 didapati positif daripada 491 saringan dilakukan.

“Sementara bagi kluster Anggerik, 24 positif daripada 96 yang disaring, ketiga-tiga kluster tiada rekod kematian dilaporkan,” katanya.


Pengarang :