Penduduk sekitar pekan Meru, Klang mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup muka bagi mengelak penularan Covid-19 ketika tinjauan pada 8 Oktober 2020. Foto BERNAMA
BERITA UTAMASELANGOR

Selangor catat 402 kes harian, dua kluster baharu

SHAH ALAM, 30 NOV: Selangor mencatatkan pertambahan jangkitan Covid-19 hari ini iaitu 402 kes dengan 398 melibatkan penularan tempatan dan selebihnya jangkitan import.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat kluster baharu iaitu kluster Jalan Lapan di Hulu Langat dan kluster Batu Sembilan di Kuala Langat, Klang, Petaling dan Kuala Selangor

“Sebanyak 308 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang giat dijalankan di lapangan,” katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menerusi Facebook memaklumkan empat kes import yang dilaporkan mendapat jangkitan dari Mesir (tiga) dan Filipina (satu).

Katanya, seramai 1,097 pesakit sembuh menjadikan keseluruhan pulih 9,623 dan jumlah kematian kekal 27 orang.

Hari ini, kes baharu Covid-19 dalam negara kekal empat digit apabila mencatatkan 1,212 kes menjadikan jumlah keseluruhan 65,697 kes.


Pengarang :