Wakil pengurusan tertinggi Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyampaikan sumbangan kecemasan kepada mangsa kebakaran di Ampang pada 12 Disember 2020. Foto Yide.
AGENSISELANGOR

Yide hulur sumbangan kepada tujuh keluarga mangsa kebakaran

SHAH ALAM, 17 DIS: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyampaikan sumbangan kecemasan kepada tujuh keluarga mangsa kebakaran di Kampung Ampang Indah, Lembah Jaya Selatan, Ampang.

Agensi itu memaklumkan, sumbangan berupa bantuan kewangan dan kit penjagaan peribadi iaitu tuala, kain pelikat, sepasang baju, selimut serta kit pembersihan diri.

“Terima kasih kepada penyumbang yang menderma melalui Tabung Dana Musibah,” maklumnya sambil menambah sumbangan disampaikan oleh Wakil Pengurusan Tertinggi Yide.

Kejadian 12 Disember lalu dipercayai berlaku akibat litar pintas namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Semua mangsa kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan MPAJ Lembah Permai.

Orang ramai boleh berkongsi maklumat sekiranya berlaku musibah atau malapetaka di kawasan masing-masing dengan menghubungi talian hotline Yide, 017 – 756 9476.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranan Yide boleh berhubung terus ke Ibu Pejabat di talian +603 – 5510 3931 atau email ke [email protected] atau layari : www.yide.com.my.


Pengarang :