Foto yang diambil pada 7 Oktober 2020 menunjukkan jarum suntik pada ilustrasi Covid-19 di Toulouse, barat daya Perancis. Foto AFP
SELANGOR

Selangor catat 673 kes baharu Covid-19, enam kematian

SHAH ALAM, 3 JAN: Kes baharu Covid-19 di Selangor meningkat 35 kes hari ini iaitu 673, berbanding 638 kes yang dicatatkan semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada jumlah itu sebanyak 509 adalah daripada kluster sedia ada dan saringan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan.

“Sebanyak 163 kes daripada lain-lain saringan dan terdapat satu kes import,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Menurutnya, negeri itu turut merekodkan enam kematian baharu membabitkan empat lelaki dan dua wanita di Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang, Hospital Kajang.

Selain itu, beliau berkata turut terdapat dua kluster di Selangor hari ini iaitu Kluster Perdana Avenue di Petaling dan Kluster Osmo Jaya, Hulu Langat.

Keseluruhannya, Selangor mencatatkan 34,480 kes Covid-19 dan 26,336 sembuh setakat hari ini.


Pengarang :