Anggota Pemadam Selangor yang menyertai Misi Prihatin Banjir di Pahang pada 30 Januari 2021. Foto ihsan Pemadam Selangor
AGENSISELANGOR

Pemadam Selangor sumbang RM10,000 bantu mangsa bah Pahang

SHAH ALAM, 9 FEB: Persatuan Mencegah Dadah (Pemadam) Selangor menyumbang RM10,000 kepada Pahang yang terjejas teruk berikutan banjir awal bulan lalu.

Agensi tersebut berkata bantuan Misi Prihatin Banjir pada 30 Januari lalu akan diagihkan kepada lima daerah negeri itu bagi meringankan beban mangsa.

“Sumbangan ini mewakili Pengerusi Pemadam Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari sebagai tanda kesedaran sosial dan prihatin terhadap mangsa. Turut diserahkan ialah alatan pembersihan,” kata persatuan itu dalam kenyataan.

Pemadam memaklumkan misi melibatkan tujuh petugas mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan mendapat kelulusan polis serta Majlis Keselamatan Negeri Pahang.

Pada 26 Januari, Kerajaan Selangor menyerahkan bantuan kepada Pahang, Terengganu dan Kelantan susulan bencana yang melinda tiga negeri pantai timur itu.

Sebanyak RM1 juta diberi kepada Pahang manakala Terengganu dan Kelantan masing-masing RM500,000 melalui Pakej Kita Selangor yang diumumkan pada 20 Januari.

 


Pengarang :