Seorang wanita kelihatan tenang ketika menjalani ujian calitan dalam program Saringan Komuniti Covid-19 bersasar secara percuma di Stadium Mini Sungai Besar, Sabak Bernam pada 25 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Tiada kematian, kluster baharu di Selangor hari ini

SEPANG, 8 MAC: Selangor merekodkan 726 kes positif Covid-19 hari ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 105,380 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada jumlah itu, 553 kes daripada saringan kontak rapat.

“Manakala, 92 kes adalah daripada kluster sedia ada, 76 kes daripada lain-lain saringan dan lima membabitkan jangkitan luar negara.

“Tiada kematian dan kluster baharu direkodkan di negeri itu hari ini,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan negeri ini merekodkan 637 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih 102,973.

Malaysia mencatat kes sembuh mengatasi jangkitan baharu apabila seramai 2,076 pulih berbanding 1,529 tambahan kes positif.


Pengarang :