Petugas kesihatan membuat persediaan dan merekod kehadiran pesakit Covid-19 ketika tinjauan hari pertama pembukaan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati Shah Alam pada 8 Februari 2021. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Perubahan lokasi, waktu operasi Pusat Penilaian Covid-19 Klang

SHAH ALAM, 18 APRIL: Berlaku perubahan lokasi dan waktu operasi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang mulai semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata pusat itu yang bertempat di Stadium Hoki Pandamaran bertukar ke di Dewan MPK di Meru yang boleh dihubungi melalui talian 010-9797732.

“Waktu operasi CAC terbabit ialah 11 pagi hingga 1 petang setiap Isnin hingga Khamis bagi penilaian di klinik, manakala pemantauan di rumah pada jam 2 hingga 5 petang.

“Bagi hari Jumaat, penilaian di klinik pada jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari dan pemantauan di rumah pada jam 2.45 hingga 5 petang,” katanya di Facebook.

Orang ramai boleh merujuk senarai lengkap nombor telefon CAC berserta hari dan waktu operasi di Facebook JKNS.

CAC mula dibentuk pada hujung Januari bagi menilai pesakit sama ada kekal dikuarantin di rumah atau perlu dibawa ke pusat terbabit. Jika perlu rawatan lanjut, pesakit dirujuk ke hospital.


Pengarang :