Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur pada 28 Disember 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Ziarah Aidilfitri kawasan PKP Selangor dibenar 1 Syawal sahaja

SHAH ALAM, 4 MEI: Aktiviti ziarah Aidilfitri di enam daerah negeri ini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenarkan pada 1 Syawal sahaja.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kehadiran tetamu dihadkan tidak lebih 15 individu dalam satu-satu masa mengikut saiz rumah disertai amalan penjarakan fizikal.

Menurutnya aktiviti ziarah di Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam yang dikenakan PKP Bersyarat (PKPB) dibenarkan sehingga 3 Syawal dengan jumlah tetamu tidak lebih 20 orang.

“Dalam memastikan penularan wabak terkawal, tuan rumah digalak menyediakan alat pengimbas suhu badan, menggunakan kod QR MySejahtera atau menyediakan buku bagi mencatatkan nama dan nombor telefon tetamu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Ismail Sabri berkata solat sunat hari raya di masjid dan surau seluruh Selangor dibenarkan namun jumlah kehadiran jemaah mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

“Takbir raya di surau dan masjid turut dibenarkan mengikut ketetapan namun, amalan takbir rumah ke rumah tidak dibenarkan,” katanya.

PKP di Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat serta Sepang berkuat kuasa 6 hingga 17 Mei ini.

 


Pengarang :