Hasnul Baharuddin (dua, kiri) bersama Pengarah Hospital Banting Dr Fakhruddin Amran (tengah) ketika penyerahan katil tiga fungsi untuk kegunaan pesakit Covid-19 pada 10 Jun 2021. Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat Dun Morib-YB Hasnul
ADNBERITA UTAMASELANGOR

ADN Morib serah katil mudah laras untuk pesakit Covid-19

SHAH ALAM, 11 JUN: Wakil rakyat Morib semalam menyerahkan dua unit katil mudah laras untuk kegunaan pesakit Covid-19 di Hospital Banting.

Hasnul Baharuddin berkata katil tiga fungsi berharga RM2,200 seunit hasil sumbangan Persatuan Keluarga Haji Salleh Mualim 1909 (PKHSM).

“Saya difahamkan persatuan terbabit menggerakkan inisiatif ini selepas menyedari ketidaktentuan bilangan pesakit Covid-19 di Kuala Langat sejak kebelakangan ini.

“Justeru, usaha murni dijalankan persatuan ini dengan mengutip dana daripada ahli mereka wajar dipuji,” katanya yang menyerahkan bantuan itu kepada pengarah hospital Dr Fakhruddin Amran.

Sementara itu, timbalan pengerusi PKHSM dalam kenyataan memaklumkan dana tersebut dikutip sejak Ramadan lalu melalui Tabung Infaq yang dilancar biro kebajikannya.

“Selain digunakan untuk membeli kemudahan itu, sumbangan juga diagih kepada pesakit kronik, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), asnaf, fakir miskin dan anak yatim,” kata Norhisham Othman.


Pengarang :