ADNSELANGOR

Biasiswa untuk lepasan SPM di Pandan Indah sambung belajar

SHAH ALAM, 8 JUN: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah yang layak menyambung pengajian ke peringkat seterusnya diminta memohon biasiswa penuh disediakan.

Ahli Dewan Negeri (ADN)nya berkata biasiswa di bawah program ‘Selangkah Ke Menara Gading’ dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Malaysia sudah dibuka permohonannya.

“Mohon segera biasiswa penuh bersyarat yayasan berkenaan,” kata Ir Izham Hashim menerusi Facebook hari ini.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang pra pendaftaran biasiswa di bawah pautan https://forms.gle/gRZQBAyfedSUrvkU8.

Tawaran itu terhad kepada 100 permohonan dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Yayasan Pendidikan Malaysia di talian 03 8800 0330.


Pengarang :