Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan MBSA Paya Jaras Tengah, Sungai Buloh pada 26 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Enam mukim di Selangor catat 1 kes Covid-19

SHAH ALAM, 21 JUN : Sebanyak enam mukim di Selangor masing-masing mencatatkan satu kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini, menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS)

Agensi itu memaklumkan mukim tersebut adalah Batang Kali dan Rasa di daerah Hulu Selangor; Pasangan dan Tanjung Karang (Kuala Selangor), Morib (Kuala Langat) dan Sabak (Sabak Bernam).

Berdasarkan perkongsian di Facebook JKNS, kes jangkitan itu berpunca saringan kontak rapat , saringan bergejala dan saringan kluster.

Sementara itu, data JNKS menunjukkan daerah Petaling pula kekal merekodkan kes tertinggi dengan 451, diikuti Hulu Langat (285), Klang (229) dan Sepang (130).

Lima daerah yang mencatatkan kes dua angka adalah Gombak dan Hulu Selangor masing-masing 73 kes diikuti Kuala Langat (69), Kuala Selangor (35) dan Sabak Bernam (satu).

Keseluruhan kes di Selangor hari ini adalah 1,346 yang mana 1,341 dikesan jangkitan dalam komuniti dan lima kes di penjara.

Manakala, sebanyak 2,492 kes sembuh dicatatkan di negeri itu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pulih adalah 223,247 kes sejak pandemik menular.


Pengarang :