Pasukan Persatuan Amal Valley mengeluarkan mayat pesakit Covid-19 untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang pada 23 Julai 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

69 peratus kematian di Selangor babit individu tidak divaksin

SHAH ALAM, 22 SEPT: Sebanyak 69 peratus atau 3,978 kematian akibat Covid-19 di negara ini adalah berpunca tidak divaksin, kata EXCO kesihatan awam.

Dr Siti Mariah Mahmud memaklumkan manakala 31 peratus atau 1,746 merupakan penerima yang masih belum lengkap dua dos suntikan.

“Bagi jumlah kematian dalam kalangan penerima vaksin pula ialah mereka yang lengkap divaksin hanya mencatat 24 peratus atau 418 individu berbanding mereka satu dos iaitu 76 peratus atau 1,328.

“Individu yang lengkap dua dos ini meninggal dunia kerana merupakan golongan berisiko tinggi iaitu menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang,” katanya pada sidang media di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor hari ini.

Hari ini, sebanyak 14,990 kes baharu Covid-19 dicatat seluruh negara, menurun sedikit berbanding semalam, maklum ketua pengarah kesihatan.

Berdasarkan data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, jangkitan baharu di Selangor mencatat angka melebihi 2,000 dengan 2,414 kes.

Johor merekod jumlah kes kedua terbanyak dengan 1,880 diikuti Sarawak (1,712), Kelantan (1,573) dan Perak (1,490).


Pengarang :