Dato‘ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika sesi Townhall Belanjawan Negeri Selangor 2022 bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor di Hotel Wyndham, Klang pada 8 Oktober 2021. Foto RADIN WAZIR
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Belanjawan 2022 tumpu pendidikan, bantuan Covid-19

SHAH ALAM, 9 OKT: Belanjawan 2022 menekankan usaha bagi menambah hasil, memfokus aspek pendidikan dan bantuan kepada penduduk terjejas akibat Covid-19

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri mahu memastikan belanjawan pada kali ini juga dapat menggerakkan sektor ekonomi.

“Kita cuba memenuhi keperluan penting yang kerajaan hendak bantu untuk kembalikan kehidupan rakyat selepas Covid-19

“Antara intipati bagaimana hendak menambah hasil, memfokus pendidikan dan bantuan terkesan akibat pandemik,” katanya pada sesi Townhall Belanjawan 2022 di sini semalam.

Beliau juga memberi jamiman cadangan yang dibawa wakil rakyat di negeri ini dipertimbang untuk dimasukkan dalam belanjawan itu yang kini pada peringkat akhir.

“Kita dalam peringkat akhir dan ada dalam sebulan lebih lagi, sempat untuk aturkan,” katanya.


Pengarang :