EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni bercakap kepada media berkaitan isu pemindahan pusat penilaian Covid-19 di Surau An Naim, Taman Sri Andalas, Klang pada 28 Julai 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Pembinaan masjid tiga daerah disegera pastikan jemaah selesa

SHAH ALAM, 1 DIS: Pembinaan tiga masjid di tiga daerah akan disegerakan demi keselamatan dan keselesaan jemaah, kata EXCO hal ehwal agama Islam.

Pembinaan meliputi Masjid Kota Damansara 2, Masjid Al-Ehsan Kampung Tok Muda, Klang dan Masjid Kampung Sungai Serai 13, Hulu Langat, jelas Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Beliau berkata keutamaan khusus buat masjid yang sering dilanda musibah seperti banjir hingga merosakkan perkakas elektrik dan permaidani.

“Mudah-mudahan pembinaan ini dapat memenuhi keperluan penduduk seterusnya memberi keselesaan untuk beribadah,” katanya mengulas perkara berkenaan di sini semalam.

Zawawi yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis turut berharap lebih banyak masjid dibina dalam belanjawan akan datang bagi memenuhi keperluan penduduk.

Jumaat lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri akan menyempurnakan pembinaan tiga masjid berkenaan melalui Belanjawan #Selangor2022.


Pengarang :