DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bersama pasukan 10 Briged Para disertai sukarelawan meneruskan operasi di Padang Jawa, Shah Alam. Foto Selangor Royal Office
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Raja Muda sertai misi bantuan kepada mangsa bah Padang Jawa

SHAH ALAM, 22 DIS: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan mencemar duli menyertai misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Padang Jawa di sini semalam.

Menerusi Facebook Selangor Royal Office, Tengku Amir Shah terlibat dalam misi tersebut bersama pasukan 10 Briged Para.

Sejak kejadian banjir, Tengku Amir terlibat secara aktif membantu mangsa antaranya pada Sabtu lalu Baginda berkenan melawat mangsa banjir di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini dan menyampaikan bantuan keperluan asas.

Raja Muda juga membeli sendiri barang keperluan di pasar raya di sini untuk diedar kepada mangsa banjir di Seksyen 16 di sini dan di Taman Meru Jaya, Klang.

Baginda juga berkenan mencemar duli menyertai misi bantuan menyelamatkan mangsa banjir di kawasan Kampung Baru Hicom.


Pengarang :