Tinjauan harga petrol di pam minyak sekitar Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Harga petrol RON97 turun 17 sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 23 MAC: Harga runcit petrol RON97 turun 17 sen seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 30 Mac.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), harga runcit baharu petrol RON97 turun daripada RM4 seliter kepada RM3.83 seliter.

“Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar telah meningkat melebihi paras harga siling,” menurut kenyataan itu.

MOF memaklumkan harga baharu itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA


Pengarang :