Pengguna jalan raya terpaksa meredah banjir kilat di sekitar Jalan Sultan Ismail ekoran hujan lebat ketika tinjauan di sekitar ibu kota pada 10 September 2020. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Lapan daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan pagi ini

SHAH ALAM, 31 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 10 pagi ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut diramal berlaku melibatkan lapan daerah di negeri ini iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Kebanyakan kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Labuan juga dijangka mengalami situasi sama.

Manakala di Perak meliputi Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; Pahang (Maran, Kuantan dan Pekan), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) serta Sarawak (Sarikei, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis) dan Miri (Miri)).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :