Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hujan lebat dijangka di empat daerah di Selangor hingga jam 6 petang

SHAH ALAM, 9 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat daerah di Selangor iaitu Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Hulu Selangor hingga jam 6 petang hari ini.

Kawasan lain adalah seluruh Perlis, Kuala Lumpur; Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol di Negeri Sembilan; Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kulim, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Sik dan Baling di Kedah; Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak; Pasir Mas dan Tanah Merah di Kelantan serta Kuala Nerus dan Dungun di Terengganu.

Amaran sama turut membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan, Rompin dan Bera di Pahang; Kluang dan Mersing di Johor; Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Pusa, Betong, Pakan, Julau, Meradong, Sibu, Kapit di Sarawak serta Lahad Datu dan Kinabatangan di Sabah.

Bagi kawasan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan serta Besut, Setiu dan Hulu Terengganu di Terengganu amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan hingga jam 5 petang hari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.


Pengarang :