Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (kanan) dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad (dua, kanan) mengacau bubur lambuk ketika Program Bubur Lambuk Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Wira Damai, Gombak pada 9 April 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

MB, isteri sertai program masak bubur lambuk

GOMBAK, 9 APRIL: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyertai program memasak bubur lambuk di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Wira Damai di sini, hari ini.

Program Bubur Lambuk Perdana anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Sungai Tua dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) turut disertai isteri Datin Seri Masdiana Muhamad.

Tiba di lokasi kira-kira jam 12.45 tengah hari,  Amirudin terlebih dahulu menyampaikan ucapan sempena Ramadan selain berkongsi inisiatif yang dilaksana Kerajaan Negeri bagi membantu meringankan beban rakyat Selangor.

Dalam majlis itu, Amirudin turut menyampaikan bantuan barangan asas dan wang tunai RM100 kepada 30 keluarga berpendapatan rendah (B40) sumbangan Pekawanis.

Beliau kemudiannya melakukan gimik serahan bubur lambuk kepada pimpinan masyarakat sebelum mengacau bubur lambuk bersama sukarelawan PKM, Team Selangor, Majlis Perbandaran Selayang, MPKK dan Kolej Teknikal Azmida (ATC)

Sebelum pulang, Amirudin menunaikan solat Zuhur di Masjid Annur Wira Damai dan dijadual mengagih bubur lambuk di Bazar Ramadan Bandar Baru Selayang jam 5 petang ini.


Pengarang :